carian di sini

Loading...

Categories

tazkirah (49) doa dan solat (15) firman dan hadis (13) kisah (7) hukum (4) wasiat (3) Rasullulah SAW (2) awas (1) dosa (1) fadhilat (1) iblis (1) renungan (1) zakat (1)

kiriman terkini

Tuesday, November 18, 2008

makna rahmat

mari kita sama menyelami makna rahmat. Dalam bahasa Arab makna rahmat antaranya lembut hati, lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudian membekalkannya kepada tumbuhan untuk hidup dan subur. Begitulah bandingannya orang yang mendapat rahmat hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuh daripadanya pokok takwa yang buahnya ialah ibadat dan amal soleh serta akhlak terpuji. Rahmat juga bermaksud melakukan kebaikan lebih banyak daripada apa yang kita dapat. Orang yang mendapat rahmat ialah orang yang pandai bersyukur. Orang yang mendapat rahmat mereka bukan sahaja berbuat baik kepada orang berbuat baik kepadanya malah berbuat baik juga kepada mereka yang berjahat. Perkataan rahmat disebut sebanyak 113 kali dalam al-Quran dan tujuan kedatangan rasul “rahmatan lil alamin”. Hati yang dapat rahmat ialah hati yang menyintai Allah .

Bila Allah sudah dicintai segala suruhan-Nya akan mudah dilakukan. Kan begitu orang kalau dah bercinta yang seronok memang seronok malah yang kurang seronok pun akan jadi seronok. Solat jadi seronok, puasa walaupun laparnya luar biasa tetapi dilakukan dengan tabah. Itulah tanda dapat rahmat. Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran. Dalam al-Quran perkataan rahmat juga sering kali sangat digandingkan dengan al-Quran. Jadi, untuk mendapat rahmat juga dengan mendampingi al-Quran dengan membaca, meneliti, memahami kemudian melaksanakannya. Bagaimanalah hendak dapat rahmat kalau baca pun tidak suka, kalau baca pun banyak salah. Jika baca betul, belum tentu faham. Kalau faham, tafsirnya pula tidak tahu. Sudah faham ayat tetapi kadangkala tidak buat pula. Tanda lain untuk dapat rahmat ialah mereka yang berbuat baik pada dua ibu bapa. Caranya ialah mentaati perintahnya, gembirakan mereka berdua, tunaikan segala hajatnya selagi mampu, penuhi keperluannya jangan sekali menyakitinya, malah sentiasa berdoa semasa hidupnya atau matinya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Redha Allah akan bersama dengan redha ibu bapa.” Pendek kata rahmat ialah segala kebaikan dan daripada kebaikan itu lahirlah ketaatan.

No comments:

popular di singgahi