Mazhab Hanafi dan Maliki:
Apabila terlepas solat sunat samada mutlak (yg tidak dikaitkan dgn sebab dan waktu) atau muqayyad (dikaitkan dengan sebab @ waktu) maka tiada diqada’ kecuali solat sunat subuh….ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan Maliki..berdasarkan satu peristiwa yang telah diceritakan oleh Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w telah solat asar kemudian baginda masuk kedalam rumahku dan solat dua rakaat..maka aku bertanya : Wahai Rasulullah adakah engkau telah melakukan solat yang tidak pernah engkau lakukan sebelum ini? Maka sabda Nabi s.a.w : Aku sibok menguruskan harta yg datang sehingga tak sempat melakukan solat rawatib lepas zuhur yg biasa aku buat. Maka aku pun buatnya sekarang. Maka aku (ummu salamah) bertanya “Hai Rasulullah adkah aku perlu mengqada solat rawatib yg telah aku tinggal? Nabi s.a.w menjawab “Tidak”(Hr Ahmad)
Hadis ini merupakan dalil bahawa qada’( untuk solat sunat ) tidak wajib bagi kita umat nabi Muhammad…dan ia hanya khusus untuk Nabi sahaja…maka kita tidak termasuk dalam pengkhususan ini.Berdasarkan hadis ini juga….dikiaskan bahawa solat sunat subuh juga asalnya tidak wajib qada’ melainkan kami(mazhab Hanafi dan Maliki) membolehkannya qada’ jika ianya terlepas bersama solat fardhu kerana Nabi s.a.w “melakukannya bersama solat fardhu di malam ta3ris(musafir singgah di hujung malam utk berehat) .(Hr Muslim)
Mazhab Syafie: .
Imam Nawawi dari mazhab Syafie telah berkata: Jika telepas solat sunat yang muaqqat ( berwaktu ) seperti solat hari raya dan solat dhuha…maka sunat qada’ berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim “ Sesiapa yang terlupa solat atau tertidur maka kaffarahnya adalah melakukan solat itu apabila dia ingat.” Ini kerana nabi s.a.w telah qada’ dua rakaat solat sunat subuh ketika Nabi tertidur di wadi dan terlepas solat subuh sehingga naik matahari. Dan baginda qada’solat sunat selepas zohor selepas solat asar kerana ia merupakan solat sunat muaqqatah(berwaktu)…maka di qada’ seperti solat fardhu. Ini samada semasa musafir atau tidak seprtimana yang telah dijelaskan oleh Ibnul Muqri.Ini adalah pendapat yang lebih kuat dalam masalah ini bagi mazhab Syafie.Disana terdapat dua lagi pendapat yang kurang kuat iaitu :1. Solat – solat sunat yang berwaktu tidak diqada’ sebagaimana solat –solat sunat yang tidak berwaktu. 2. Diqada’kan solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat lain seperti solat dhuha…dan sekiranya ia mengiringi solat lain maka tidak diqada’ ,contohnya:solat rawatib.
Mazhab Hambali:
Imam Ahmad telah berkata: Tidak sampai hadis kepada kami bahawa Nabi s.a.w telah qada’ solat sunat kecuali dua rakaat solat sunat subuh dan dua rakaat solat sunat selepas zohor yang Nabi kerjakan selepas asar. Al-qadhi dan sebahagian ulama’ mazhab hambali telah berkata : Tidak diqada’kan solat sunat kecuali dua rakaat solat sunat subuh dan dua rakaat solat sunat selepas zohor.
http://akhisalman.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerap di ziarahi
-
Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku ...
-
Sahabt yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita muhasabah diri sendiri sejauh mana kita telah patuh dan tunduk kepada ajaran-ajaran Isla...
-
Jika engkau hinakan dirimu setelah memperolehi kemuliaan, engkau pun akan menjadi hina. Jika engkau berputus asa terhadap sesuatu urusan, be...
-
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwud...
-
Mazhab Hanafi dan Maliki: Apabila terlepas solat sunat samada mutlak (yg tidak dikaitkan dgn sebab dan waktu) atau muqayyad (dikaitkan deng...
-
"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7 "Seandainya engkau menya...
-
Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah y...
-
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 1.Ali bin Abi Talib (suami Fa...
-
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir t...
-
Salam lelaki kepada perempuan dan sebaliknya: 1. Salam seorang laki-laki kepada seorang perempuan dan sebaliknya yang tidak mempunyai ...


0 comments:
Post a Comment